Thursday, February 13, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joshua tidak sabar hadapi Wilder

    LONDON, 10 April – Anthony Joshua mahu menghadapi juara dunia kelas dunia yang tidak terkalahkan, Deontay Wilder selepas ini, bukannya Alexander Povetkin, kata peninju British itu kepada BBC semalam.

    Joshua menjadi juara heavyweight Persatuan Tinju Dunia (WBA), Persekutuan Tinju Antarabangsa dan Pertubuhan Tinju Dunia selepas mengalahkan Joseph Parker dari New Zealand di Cardif pada 31 Mac lalu.

    Sejurus selepas perlawanan itu, dia mencabar Wilder, dari Amerika Syarikat yang memegang gelaran heavyweight Majlis Tinju Dunia.

    Pemenang bagi pertarungan antara Joshua dan Wilder akan menjadi peninju pertama yang memegang semua empat gelaran heavyweight utama dalam satu masa.

    Namun, Povetkin adalah pencabar wajib bagi WBA.

    Joshua ketika meriakan kemenangannya selepas berjaya mengalahkan Joseph Parker di Stadium Principality, Cardiff pada 31 Mac lalu. – AP

    Peninju Rusia itu, yang tewas dalam karier profesional 35 pertarungan selepas menentang Wladimir Klitschko pada Oktober 2013, mempamerkan kekuatan pukulannya dengan KO yang dahsyat ke atas peninju Britain, David Price.

    “Saya lebih cenderung untuk menentang Wilder, jadi jika Povetkin boleh menunggu beberapa lama pada 2019, itu akan menjadi ideal,” kata Joshua, 28.

    “Ini adalah isu apabila anda memegang lebih daripada satu tali pinggang,” tambah Joshua.

    “Anda perlu mematuhi setiap peraturan badan yang mentadbir.

    “Sesetengah orang lebih suka ada satu tali pinggang dan satu juara kelas berat. Itulah yang kita sasarkan, mahu menentang Wilder.

    “Tetapi setiap gelaran dengan penyingkiran dan siapa yang anda perlu tentangi selepas ini dan Povetkin adalah salah seorang daripadanya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda