Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Joshua tolak dakwaan Parker

    LONDON, 17 Jan – Petinju Britain Anthony Joshua menolak dakwaan oleh petinju New Zealand Joseph Parker mengatakan dia adalah “raja steroid” sebelum pertarungan penyatuan kejuaraan heavy-weight dunia mereka.

    Kedua-dua petinju akan bertemu di Cardiff pada 31 Mac, dengan Joshua, seorang pemenang pingat emas Olimpik London 2012, dijangka menambah kejuaraan Persatuan Tinju Dunia Parker kepada tali pinggang Persatuan Tinju Dunia, Persekutuan Tinju Antarabangsa dan Persatuan Tinju Antarabangsa yang telahpun dimilikinya.

    Sesiapa yang menang di Stadium Principality dengan 74,500 tempat duduk, paling dikenali kerana menganjur perlawanan antarabangsa kesatuan ragbi Wales, akan melihat satu pertarungan dengan juara heavyweight Majlis Tinju Dunia Deontay Wilder.

    Selepas pertarungannya dengan Joshua disahkan pada Ahad, Parker mengadakan temu bual dengan Radio Sukan New Zealand di mana dia berkata: “Mereka memanggil saya raja pai, tetapi saya memanggilnya raja steroid.”

    Johsua ketika menghadiri sidang media di tengah Kota London bagi mempromosi perlawanannya menentang Parker. – AFP

    Namun Joshua, bercakap kepada wartawan di Hotel Dorchester London semalam, berkata sindiran “pai” merupakan kerja pengacara rancangan temu bual televisyen Britain Graham Norton dan menolak dakwaan penggunaan dadah oleh Parker.

    “Saya banyak mendengar dalam kata-kata penghinaan tinju sehingga tidak ada apa-apa yang baru lagi,” kata Joshua.

    “Bolehkah saya menyaman?” tanyanya dan disambut oleh gelak ketawa daripada wartawan.

    “Saya tahu rekod saya adalah bersih,” kata petinju Britain berusia 28 tahun itu. “Itulah sebabnya saya tidak termakan umpannya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda