Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Jota pimpin Liverpool singkirkan Southampton

-

LIVERPOOL, 28 NOV – Diogo Jota menjaringkan gol selepas hanya 97 saat ketika Liverpool ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea selepas beraksi 4-0 menentang Southampton kelmarin.

Rekod panjang Liverpool tanpa kalah ditamatkan oleh West Ham yang hebat awal bulan ini tetapi mereka telah bermain dengan mudah, menjaringkan 10 gol tanpa bolos dalam tiga perlawanan sejak kekalahan tersebut.

Penyerang Portugal, Jota menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama di Anfield, dengan Thiago Alcantara menambah gol ketiga untuk menamatkan saingan menentang lawan mereka yang lemah lapan minit sebelum separuh masa.

Gol daripada bekas pemain pertahanan Southampton, Virgil Van Dijk pada awal separuh masa kedua menekankan penguasaan pasukan tuan rumah.

Pasukan Jurgen Klopp, yang memenangi EPL pada 2020, kini telah menjaringkan 39 gol dalam 13 perlawanan liga musim ini, lebih sembilan gol berbanding Chelsea, yang menerima kunjungan Manchester United hari ini.

Aksi pemain Liverpool, Diogo Jota membawa bola dalam perlawanan EPL menentang Southampton kelmarin. – AP

Klopp kembali ke barisan pemain terkuatnya untuk kunjungan Southampton kendalian Ralph Hasenhuttl selepas mereka menewaskan Porto 2-0 pada pertengahan minggu dan dihadiahkan dengan gol dalam masa dua minit.

Andy Robertson bergabung dengan baik bersama Sadio Mane di sebelah kiri dan memberikan hantaran kepada Jota, yang menjaringkan gol dari jarak dekat.

Mane merembat bola ke dalam gawang sekali lagi selepas dia dikasari oleh Jan Bednarek – penyerang Senegal itu menanduk masuk hasil sepakan percuma Robertson – tetapi bendera dinaikkan kerana ofsaid.

Mohamed Salah merapatkan jurang tetapi Southampton juga mempunyai peluang cerah untuk menyamakan kedudukan apabila Armando Broja gagal mengatasi penjaga gol, Alisson Becker.

Liverpool, yang akan menentang Everton dalam derby Merseyside pada pertengahan minggu, kini mempunyai 28 mata selepas 13 perlawanan berikutan kemenangan kelapan mereka musim ini. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -