Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 2 April – Jerudong Park (JP) Movie Night kembali lagi semalam dengan sambutan begitu menggalakkan yang menyaksikan konsep menonton wayang di kawasan terbuka sambil menikmati suasana pancuran air di JP Garden.
Dalam acara berkenaan orang ramai telah menyaksikan dua wayang popular iaitu filem ‘Jungle Book’ diikuti filem komedi ‘Skiptrace’ lakonan Jackie Chan.
Pelbagai jualan makanan dan minuman turut disediakan oleh peniaga-peniaga tempatan, selain menyediakan peraduan mewarna bagi kanak-kanak berumur enam hingga sembilan tahun bagi memenangi hadiah bernilai $60.
