JP Town Night Market kembali

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) kini kembali lagi dengan acara JP Town Night Market yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
Acara yang berlangsung di Amfiteater Jerudong Park itu akan mengetengahkan lebih 20 pengusaha tempatan yang akan menjual pelbagai juadah makanan dan minuman serta barang-barang terpakai.

Pengunjung juga berpeluang untuk membeli tiket masuk ke Jerudong Park pada harga istimewa dengan hanya membeli barangan daripada pengusaha-pengusaha yang menyertai acara tersebut.

Acara juga akan diserikan de-ngan persembahan daripada band tempatan seperti Zyo, Hurricane Honey, Alleys dan Kryptonite.

Antara matlamat acara itu adalah untuk menggalakkan masyarakat di negara ini dalam sama-sama menyokong usahawan tempatan, di samping mengeratkan lagi ikatan silaturahim sambil bersantai bersama keluarga dan sahabat handai semasa cuti hujung minggu.

Oleh yang demikian, JPCC me-ngalu-alukan orang ramai untuk memeriahkan acara tersebut sambil bersantai bersama keluarga dan pada masa yang sama menyokong usahawan-usahawan tempatan.