Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    JPA ingati Hari Perkhidmatan Awam ke-29

    Oleh Yusrin Junaidi & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Sempena memperingati Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-29, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengadakan Majlis Sembahyang Fardu Asar Berjemaah, Membaca Surah Yasin dan Doa Khas secara serentak di masjid-masjid utama di keempat-empat daerah, hari ini.

    Masjid tumpuan bagi Daerah Brunei dan Muara adalah Masjid Ash-Shaliheen, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang dihadiri oleh Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu

    Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof, selaku pengerusi bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari Perkhidmatan Awam ke-29.

    Bagi Daerah Belait, tumpuan majlis adalah di Masjid Kampung Pandan dan hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri, Jabatan Tenaga di JPM, Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw.

    Bagi Daerah Tutong pula di Masjid Pengiran Anak Haji Mohammed Alam yang dihadiri oleh Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu.

    Manakala itu, majlis di Daerah Temburong pula tertumpu di Masjid Utama Muhammad Salleh dengan dihadiri oleh Setiausaha Tetap (Urus Tadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Awang Ajman bin Haji Meludin.

    Turut hadir ke masjid-masjid setiap daerah ialah setiausaha-setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan kerajaan.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen.
    Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bersama antara yang hadir pada majlis di Daerah Belait.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...