Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

JPA semarak Maulidur Rasul

-

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OKT – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyemarakkan lagi Maulidur Rasul dengan mengadakan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW secara maya, hari ini.

Majlis sambutan bertema ‘Sunnah Rasulullah Semasa Melanda Penyakit Wabak’ itu dikelolakan oleh Pejabat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan diisikan dengan tazkirah yang disampaikan oleh Penolong Pensyarah Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Awang Mohammad Khairul Nazif bin Haji Awang Damit.

Acara turut diserikan dengan bacaan selawat beramai-ramai bersama warga JPA sebelum diakhiri dengan bacaan Doa Selamat dan Doa Terhindar Daripada Wabak COVID-19 oleh Awang Mohammad Khairul Nazif.

Majlis antara lain bertujuan untuk memperingati Hari Keputeraan Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan bagi menghayati segala ajaran dan sunnah Baginda.

Antara warga JPA yang mengikuti majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW peringkat JPA yang diadakan secara maya.- Gambar serahan JPA
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -