JPBN giat kesan kontak 3 warga asing
KUCHING, 25 DIS – Pengesanan kontak kini giat dijalankan melibatkan tiga kes terbaru positif COVID-19 di Sarawak, yang mana salah satu daripada kes berkenaan melibatkan seorang lelaki pendatang tanpa izin. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya hari ini berkata, pendatang asing itu yang merupakan seorang lelaki dari Kalimantan, Indonesia yang ditahan pihak berkuasa ketika masuk






























