JPD laksana pembaharuan dan penyelarasan dasar
Oleh Syahmi Hassan BANDAR SERI BEGAWAN, 5 OKT – Berikutan kejadian-kejadian kenderaan terbakar yang semakin meningkat di Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi melalui Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) telah membuat beberapa pembaharuan dan penyelarasan ke atas dasar-dasar mengenai pengawalseliaan dan prosedur pemberian kelulusan kepada bengkel-bengkel kenderaan dan stesen-stesen pemeriksaan kenderaan (VIS) di negara ini.


























