BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) Kementerian Perhubungan memaklumkan orang ramai bahawa kaunter-kaunter pembayaran di kesemua cawangannya di keempat-empat daerah akan ditutup pada 31 Mei dan 2 Jun.
Penutupan 31 Mei adalah bersempena Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei manakala itu, 2 Jun adalah hari kelepasan awam sempena Memperingati Nuzul Al-Quran.
Dalam hubungan ini, JPD dalam kenyataannya memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul.
Sementara itu, turut ditutup pada kedua-dua tarikh tersebut ialah Kaunter Pejabat Pos. Ia hanya akan beroperasi semula pada 4 Jun.
Manakala cawangan-cawangan Pejabat Pos MPC, Seri Kompleks, Sengkurong, Muara, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Tutong, Seria dan Kuala Belait masih beroperasi pada Jumaat, 1 Jun.
Jabatan ini memohon maaf ke atas sebarang kesukaran yang dihadapi.