Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 25 SEPT – Sebagai usaha menggalakkan amalan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan pegawai dan kakitangan, Bahagian Pentadbiran Jabatan Pengajian Islam (JPI) telah menganjurkan aktiviti riadah Brisk Walk, baru-baru ini.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah diikuti dengan senaman ringan sebelum memulakan aktiviti Brisk Walk di kawasan persekolahan Arab dan Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah (ITQSHHB) di Kilometer 2, Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Turut serta ialah Pengarah Pengajian Islam, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Shamshol bin Haji Omar.
Acara turut dihadiri oleh penolong-penolong pengarah, ketua-ketua bahagian, ketua-ketua unit, para pegawai dan kakitangan JPI berserta ahli keluarga masing-masing.