Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    JPI C muncul juara

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 21 NOV – JPI C berjaya bangkit untuk memenangi gelaran juara dalam Kejohanan Futsal Kelima untuk para guru di Daerah Belait, kelmarin.

    Kejohanan yang bersempena dengan sambutan Hari Guru ke-32 itu telah diadakan di Kompleks Sukan Mumong, yang menyaksikan penglibatan 13 pasukan yang terdiri daripada guru-guru di sekitar Daerah Belait.

    Pasukan-pasukan tersebut ialah Warri Zone, SMPJNPHAB, Menggasak Warrior (IBTE JBC), JPKK Suka-Suka, dan SAB dalam Kumpulan A; Sumex 2.0 FT, BKT FT, SMPAPHRSB, dan SMSA A dalam Kumpulan B; PTEB, SB LIONS (IBTE SBC), SMSA B dan JPI C dalam Kumpulan C.

    Dalam kejohanan tahun ini, penyandang juara, JPKK Suka-Suka telah ditewaskan oleh SMSA A pada peringkat suku akhir.

    Walaupun permulaan yang mengagumkan buat SMSA A dalam aksi suku akhir, pasukan tersebut hanya mendapat tempat kedua di belakang JPI C, manakala Menggasak Warrior (IBTE SBC) dan JPKK Suka-Suka masing-masing mendapat tempat ketiga dan keempat.

    Dua anugerah khas telah diberikan kepada JPI C dan Menggasak Warrior, masing-masing bagi kategori Permainan Adil dan Pasukan Pilihan. Manakala, anugerah Pemain Terbaik jatuh kepada Muhd Shaifuddin bin Naim dari JPI C.

    Hadir bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang ialah bekas pegawai di Jabatan Pendidikan Kokurikulum, Josni bin Nyambong.

    Gambar ramai para peserta dengan pingat dan trofi yang dimenangi mereka. – Gambar serahan Dphoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...