Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    JPM adakan majlis kesyukuran sempena Hari Puja Usia

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya petang tadi telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke-39 tahun di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah para jemputan khas, timbalan-timbalan menteri, setiausaha tetap dan timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta pegawai dan kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya. 

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan Surah Yasin beramai-ramai dan diteruskan dengan bacaan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh pegawai hal ehwal Masjid Ash-Shaliheen dan diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah.

    Majlis berkenaan adalah sebagai tanda merafakkan syukur dan seterusnya berdoa kehadrat Allah SWT agar melimpahkan kurnia kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan Duli Yang Teramat Mulia dan kerabat diraja.

    Yang Berhormat Menteri di JPM ketika hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Memperingati Hari Ulang Tahun Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik ke-39 tahun, kelmarin.
    Antara yang hadir pada majlis di Masjid Ash-Shaliheen itu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...