Monday, November 28, 2022
23.1 C
Brunei

-

JPM berdikir di Temburong

TEMBURONG, 30 SEPT – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini meneruskan Majlis Dikir Syarafil Anam sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW di Masjid Kampung Labu Estate, Daerah Temburong.

Majlis diserikan dengan sembahyang fardu Maghrib Berjemaah diikuti bacaan Dikir Assalamualaika dan diakhiri dengan Dikir Syarafil Anam dan Dikir Marhaban selepas sembahyang fardu Isyak berjemaah.

Ia dihadiri oleh Timbalan Menteri (Sekuriti dan Undang-undang) di JPM, Dato Seri Paduka Haji Sufian bin Haji Sabtu selaku tetamu kehormat. Turut hadir ialah Timbalan Menteri (Tenaga), Dato Seri Paduka Haji Matsatejo bin Sokiaw; Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di JPM, Dato Seri Paduka Awang Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos, pemangku pegawai Daerah Temburong, ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakitangan JPM.

Majlis merupakan sebahagian kegiatan keagamaan dikendalikan oleh JPM.

Gambar ramai warga JPM semasa Majlis Dikir Syarafil Anam di Temburong. – Gambar oleh Infofoto
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Selatan lancar bas pandu sendiri

SEOUL, 25 NOV – Ibu negara Korea Selatan melancarkan laluan bas pandu sendiri pertama hari ini, sebahagian daripada uji kaji yang dikatakan jurutera berhasrat...
- Advertisment -