Tuesday, October 15, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPM Family Fun Ride meriah

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Dengan hasrat untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara pegawai, kakitangan serta ahli keluarga mereka, Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah mengadakan JPM Family Fun Ride di Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, hari ini.

    Hadir untuk melepaskan para peserta acara berkenaan ialah Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Menteri Tenaga dan Perindustrian di JPM, Yang Berhormat Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia (Dr) Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar; Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Mohamad Roselan bin Haji Mohamad Daud; Timbalan Menteri di JPM, Dato Paduka Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar, para pegawai dan kakitangan JPM serta ahli-ahli keluarga mereka.

    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin semasa menghadiri majlis berkenaan.
    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyempurnakan pelepasan pada peserta untuk acara berbasikal.
    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman menyempurnakan pelepasan pada peserta untuk acara berbasikal.
    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin menyaksikan pameran sempena JPM Family Fun Ride.
    Yang Berhormat Pehin Haji Abdul Rahman dan Yang Berhormat Pehin Haji Mohammad Yasmin menyaksikan pameran sempena JPM Family Fun Ride.
    JPM Family Fun Ride diserikan lagi dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
    JPM Family Fun Ride diserikan lagi dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

    Majlis dimulakan dengan sesi senamrobik disusuli acara berbasikal dan walkaton. Selain itu, acara turut diserikan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan pameran daripada Pasukan Polis Diraja Brunei dan Radio Televisyen Brunei.

    Acara itu juga dihasratkan untuk menggalakkan amalan hidup sihat menerusi kegiatan riadah serta sebagai salah satu acara untuk menyokong inisiatif Bandarku Ceria.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda