Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    JPM keluarkan Laporan Tahunan SDG Brunei

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JAN – Jabatan Perdana Menteri (JPM), selaku Sekretariat Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) telah mengeluarkan Laporan Tahunan SDG Negara Brunei Darussalam bagi 2021.

    Laporan mengongsikan perkembangan kebangsaan dalam SDG semenjak Laporan Voluntary National Review Negara Brunei Darussalam pertama dihadapkan pada Sesi United Nations High-Level Political Forum on Sustainable Development (HLPF) 2020.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPM, laporan yang disediakan dengan kerjasama ahli-ahli Jawatankuasa Khas Penyelarasan Kebangsaan SDG itu mengete-ngahkan inisiatif-inisiatif negara yang memfokuskan kepada matlamat-matlamat yang telah disejajarkan dengan tema HLPF 2021 iaitu Sustainable and resilient recovery from the COVID-19 pandemic that promotes the economic, social and environmental dimensions of sustainable development. 

    Selaras dengan prinsip Building Back Better, laporan juga mengongsikan kaedah seluruh negara sebagai tindak balas kepada pandemik global COVID-19 serta mengongsikan tindakan peralihan daripada Fasa Pandemik kepada Fasa Endemik melalui Rangka Kerja Pelan Pemulihan Kebangsaan COVID-19.

    Kenyataan menjelaskan, dalam usaha mengukuhkan agenda SDG secara menyeluruh, beberapa langkah telah dikenal pasti untuk dilaksanakan seperti meneroka bantuan teknikal, penubuhan Kumpulan

    Kerja Teknikal SDG, memberikan perhatian khusus kepada matlamat SDG, meneroka cara berkesan untuk memobilisasikan sumber dan melaratkan pendekatan keseluruhan rakyat untuk meningkatkan peranan pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dan badan-badan bukan kerajaan dalam mencapai SDG. 

    Secara keseluruhan, beberapa perkembangan telah dicapai ke arah memajukan SDG di negara ini, namun usaha-usaha bersepadu perlu ditingkatkan lagi bagi mencapai sasaran-sasaran yang ditentukan dalam SDG.

    Laporan berkenaan boleh didapati melalui laman sesawang JPM di www.jpm.gov.bn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...