Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    JPM meriahkan Sambutan Nuzul Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran dan Penyampaian Sumbangan Derma sempena Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan JPM.

    Hadir selaku tetamu-tetamu kehormat ialah Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Majlis tersebut dikelolakan oleh Bahagian Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antara-bangsa dan Media, JPM dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Pengurusan selaku pengendali bersama.

    Majlis telah diisikan dengan ceramah bertajuk ‘Al-Quran dan Perkhidmatan Awam dalam Era Revolusi Industri 4.0’ yang disampaikan oleh Pegawai Ugama Kanan, Pusat Dakwah Islamiah, Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, dan dikuti dengan bacaan Selawat Tafrijiyyah beramai-ramai.

    Bacaan Selawat Tafrijiyyah itu diharapkan untuk meraih rahmat dari Allah SWT berupa keamanan, kesejahteraan dan keselamatan daripada segala bencana, musibah, dan malapetaka, termasuk pandemik COVID yang melanda dunia.

    Tetamu-tetamu kehormat majlis kemudian menyempurnakan penyampaian sumbangan sempena Hari Raya Aidilfitri kepada 37 orang warga JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti menyempurnakan penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada penerima.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...