JPM sambut Maulidur Rasul

Gambar oleh Infofoto

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 NOV – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini menyambut Maulidur Rasul yang diserikan dengan ceramah khas bertajuk ‘Meneladani Muamalat Rasullulah SAW’ di Dewan Bankuet, Bangunan JPM.

Majlis dikendalikan bersama oleh Bahagian Media dan Kabinet, JPM; Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Institut Perkhidmatan Awam dihadiri oleh Menteri di JPM, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Awang Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz, juruaudit agung, hakim mahkamah syariah, setiausaha-setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan, para pegawai serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

Sebelum ceramah, majlis turut diserikan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh Pegawai Pelajaran dari Jabatan Pengajian Islam, Awang Mohamed Noor bin Haji Ibrahim.

Ceramah pula disampaikan oleh Pengarah Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Dr Haji Hambali bin Haji Jalil.

Selesai sesi ceramah tersebut, majlis diteruskan dengan satu persembahan Dikir Maulud daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Radio Televisyen Brunei dan Institut Perkhidmatan Awam.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW ini bertujuan untuk memantapkan lagi keyakinan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, di samping menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam beberapa perkara seperti beribadah dan mentaati Allah SWT; ketinggian akhlak dan budi pekertinya; dan keteguhannya dalam memperjuangkan syiar Islam serta maqasid syariah.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW ini adalah bertujuan untuk memantapkan lagi keyakinan dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, di samping menghayati sunnah Nabi Muhammad SAW dalam beberapa perkara seperti beribadah dan mentaati Allah SWT; ketinggian akhlak dan budi pekertinya; dan keteguhannya dalam memperjuangkan Syiar Islam dan maqasid syariah.

Yang Berhormat Menteri di JPM dan Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara hadir pada majlis sambutan Maulidur Rasul tersebut.
Persembahan Dikir Maulud menyerikan lagi sambutan.