Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    JPM semarakkan sambutan Hari Keputeraan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 JULAI – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya, hari ini, menyemarakkan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76 dengan mengadakan Majlis Doa Kesyukuran.

    Hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir ialah Peguam Negara, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Ahmad bin Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja Dato Laila Utama Haji

    Awang Isa, timbalan-timbalan menteri, hakim-hakim syarie dan sivil, setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan serta para pegawai dan kakita-ngan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan Doa Kesyukuran yang dipimpin oleh Pegawai Hal Ehwal Masjid, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran. 

    Kemudian, majlis diakhiri dengan sembahyang Fardu Asar berjemaah. 

    Bagi tahun ini, majlis dikendalikan oleh Pusat Penyelarasan Maritim Kebangsaan (PPMK), Sekretariat Tetap Manpower Planning and Employment Council (MPEC) dengan kerjasama Radio Televisyen Brunei (RTB).

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi ketika hadir pada majlis yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, kelmarin. – Gambar serahan Jabatan Penerangan
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...