Monday, February 10, 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC adakan majlis tahlil

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Jun – Bersempena bulan Ramadan ini, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) telah mengadakan Majlis Membaca Tahlil dan Surah Yasin bersama Persatuan Kanak-kanak Cacat (KACA) Brunei yang berlangsung di Royal Berkhire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Paduka Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar yang juga Pengerusi JPMC.

    Majlis turut dihadiri oleh ahli-ahli lembaga pengarah, pengurusan, warga KACA Brunei, jemaah Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Jerudong serta kakitangan JPMC.

    Yang Berhormat Dato Paduka Dr Haji Mohd Isham semasa menghadiri Majlis Membaca Tahlil dan Surah Yasin yang dianjurkan oleh JPMC, kelmarin.

    Pada majlis berkenaan, bacaan Surah Yasin telah dipimpin oleh Imam Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam, Haji Kamaruzaman bin Haji Jakar bersama Yang Berhormat Dato.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil kemudian diselajurkan dengan penyampaian sumbangan kepada 40 orang ahli KACA.

    Menurut kenyataan JPMC, acara berkenaan merupakan projek tahunan dan sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat JPMC dengan matlamat untuk membantu mereka yang memerlukan dalam persediaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda