JPMC anjur pertandingan video

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Julai – Menjelang Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-14, Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) mengambil peluang menganjurkan pertandingan video.

Peraduan bertajuk ‘Your Health Care Partner for Life’ itu diadakan bagi mempromosikan perkhidmatan yang ditawarkan JPMC.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPMC, terdapat tiga kategori untuk dipilih oleh para peserta iaitu ‘In Vitro Fertilization’, ‘Varicose Vein Treatment’ dan ‘Health Screening’.

Peraduan menawarkan hadiah wang tunai sebanyak $5,000 untuk pemenang pertama, $3,000 di tempat kedua dan $1,000 untuk pemenang ketiga.

Para peserta tidak dihadkan kepada satu kategori sahaja, mereka dibenarkan untuk menyertai ketiga-tiga kategori yang ditawarkan dengan tarikh akhir penyertaan adalah sebelum 25 Ogos 2017.

Orang ramai yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kategori-kategori yang dibukakan itu dengan melayari laman sesawang JPMC atau kunjungi JPMC untuk konsultasi lanjut.

Untuk pertanyaan lebih lanjut bolehlah menghubungi Jabatan Pemasaran JPMC di talian 2611433 sambungan 2161/2191 atau e-mel ke alamat marketing@jpmc.com.bn.