Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    JPMC berbagi rezeki di Kg Jerudong

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Dalam menyemarakkan lagi hari-hari terakhir di bulan penuh rahmat ini, Jerudong Park Medical Centre (JPMC) terus melaksanakan aktiviti amal tanggungjawab sosial korporat tahunannya dengan menghulurkan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan di sekitar Kampung Jerudong, hari ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPMC, aktiviti amal di bawah program Together We Share: Ramadan Charity Drive 2022 itu dilaksanakan oleh kakitangan JPMC secara sukarela yang diketuai oleh pegawai pengurusan kanan JPMC bagi sama-sama menyemai budaya berkongsi rezeki sesama masyarakat yang memerlukan.

    Antara sumbangan yang diberikan berupa wang tunai hasil kutipan daripada kakitangan JPMC dan barangan keperluan harian seperti minyak masak, beras, makanan kering dan sebagainya.

    Dengan adanya program sebegini, ia diharap dapat meringankan beban mereka sekali gus mewujudkan keceriaan pada wajah-wajah mereka semasa menyambut kedatangan Hari Raya Aidilfitri.

    Kakitangan JPMC bergambar ramai bersama salah sebuah keluarga yang menerima sumbangan di Kampung Jerudong. – Gambar serahan JPMC
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...