Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    RB semarak bulan Ramadan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan RB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 APRIL – Bersempena dengan bulan Ramadan 1443H, Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) telah mengadakan beberapa acara, antaranya sumbangan derma untuk anak-anak yatim, majlis khatam Al-Quran dan RB Family in Need anjuran Jawatankuasa Kebajikan dan Keagamaan RB.

    Rangkaian acara dimulakan dengan majlis membaca Surah Yasin dan tahlil untuk Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim di Kubah Makam Diraja di Jalan Tutong, baru-baru ini.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi, Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku pengerusi RB, bersama ahli-ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan kakitangan RB.

    Selain itu, RB telah mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada 46 orang anak yatim bekas kakitangan RB di Kampus RB.

    Sumbangan disampaikan oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif RB, Kapten Sabirin bin Haji Abdul Hamid dan disertai oleh seramai 25 orang warga RB.

    Sementara itu, kelmarin, RB telah mengadakan majlis khatam Al-Quran di Masjid Kampung Penabai, Kuala Tutong di mana hadir selaku tetamu kehormat ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Wawasan, Kewangan dan Kabinet) di Jabatan Perdana Menteri, Awang Ajman bin Haji Meludin selaku ahli Lembaga Pengarah RB.

    Turut hadir ialah Kapten Sabirin selaku ahli Lembaga Pengarah RB, pihak pengurusan dan kakitangan RB serta penduduk kampung.

    Majlis juga diselajurkan dengan penyerahan wakaf daripada Tabung Kebajikan RB yang disampaikan oleh Awang Ajman kepada wakil masjid.

    Aktiviti Ramadan itu diakhiri dengan projek RB Family in Need, kutipan derma untuk ahli terpilih RB dan bekas kakitangan, pada hari ini di mana pengagihan barangan kepada penerima diketuai oleh Kapten Sabirin.

    Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf turut hadir pada majlis tahlil dan membaca Surah Yasin di Kubah Makam Diraja.
    RB turut mengadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim sebagai aktiviti di bulan Ramadan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...