Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    JPMC terima anugerah JCI kedua

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Jerudong Park Medical Centre (JPMC) mengekalkan statusnya sebagai satu-satunya hospital di Negara Brunei Darussalam yang memiliki standard Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI) apabila mendapat pengiktirafan berprestij dunia bagi organisasi penjagaan kesihatan yang meningkatkan keselamatan dan kualiti penjagaan pesakit, baru-baru ini.

    Penyerahan sijil untuk anugerah kedua JCI berkenaan, yang kedua selepas 2014, telah diserahkan oleh Pengerusi JPMC, Dato Paduka Dr. Haji Muhammad Amin Liew bin Abdullah kepada Pengarah Eksekutif dan Pengarah Perubatan JPMC, Dato Paduka Dr. Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar di Pejabat Darussalam Asset, Bangunan Kementerian Kewangan, Jalan Commonwealth.

    Majlis penyerahan disaksikan oleh Pengurus Kanan JPMC dan wakil-wakil dari beberapa ketua JCI edisi kelima yang diketuai oleh Pengarah Jururawat, Chung Yea Fui selaku penyelaras JPMC dan Pengurus Kualiti Pengurusan, Jeffry Damit selaku timbalan penyelaras JCI.

    Dalam ucapannya, Dato Paduka Dr. Haji Muhammad Amin Liew menyatakan JPMC memainkan peranan dalam memulakan konsep pentauliahan dalam industri kesihatan dan memuji pengurusan yang progresif dan peranan aktif dalam meletakkan kualiti dan keselamatan di hospital sebagai keutamaan dalam operasinya. JCI adalah standard pentauliahan dan proses tinjauan yang menilai keselamatan pesakit dan kualiti penjagaan kesihatan yang diberikan oleh pelbagai institusi perubatan.

    Ia mempromosikan standard penjagaan yang ketat dan bekerjasama dengan hospital, klinik dan pusat-pusat akademi perubatan di lebih dari 100 buah negara dengan memberikan mereka dengan penyelesaian untuk mencapai prestasi optimum.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda