Jpmorgan Chase beli bangunan baharu di Paris

NEW YORK, 20 JAN – Bank Amerika Syarikat (AS), JPMorgan Chase kelmarin berkata ia telah membeli sebuah bangunan baharu di tengah-tengah Paris yang mampu menampung 450 orang, sebagai langkah terbaharu dalam rancangannya untuk keluar dari London berikutan Brexit.

Orang baharu akan menyertai 260 pekerja yang sedia ada di ibu negara Perancis, bank berkata dalam satu kenyataan

“Selepas beberapa pembaharuan kerajaan dan infrastruktur Paris yang bersifat rumit, ini merupakan waktu yang sesuai untuk melabur di sini dan untuk lebih banyak kakitangan kami tinggal di sini,” kata pengarah urusan bank di Perancis, Kyril Courboin.

Langkah ini “akan memberikan peluang kepada bank untuk meneruskan pertumbuhan di Perancis, sejajar dengan strateginya untuk terus berkhidmat kepada pelanggan Eropah dari bandar-bandar utama di benua itu, termasuk Frankfurt, Luxembourg dan Dublin,” tambah kenyataan itu.

CEO Jamie Dimon berkata pada awal 2019, JPMorgan merancang untuk melakukan peralihan ‘beberapa ratus’ pekerjaan dari London ke benua kerana Brexit.

Bank itu telah memindahkan sebahagian pekerja pada penghujung tahun 2018.

Britain keluar dari Kesatuan Eropah yang akan berkuat kuasa pada hujung bulan ini, dan membuka jalan untuk tempoh peralihan hingga akhir 2020.

Tetapi ibu negara Perancis sepatutnya sudah mendapat manfaat daripada penempatan semula 4,000 pekerja kata Paris Europlace, sebuah organisasi yang mempromosikan sektor kewangan Paris.

Bank Amerika membuka sebuah anak syarikat Perancis pada Februari 2019 dengan 400 orang pekerja yang kebanyakannya sebelum ini berpangkalan di London. Bangunan JPMorgan yang dipilih di Paris terletak di Place du Marche Saint-Honore. Ia bersambung dengan ibu pejabatnya di Place Vendome dan boleh menempatkan bilik aktiviti perdagangan selepas selesai kerja-kerja pengubahsuaian pada akhir tahun 2020. – AFP

Papan tanda diletakkan di luar pejabat Bank Chase di San Francisco, California. – AFP