JPN Sabah tutup operasi semua pejabatnya

KOTA KINABALU, 21 OKT – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri Sabah mengumumkan penutupan operasi baki lapan lagi pejabatnya di negeri itu berkuat kuasa esok hingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, sekali gus menjadikan kesemua 29 pejabatnya ditutup.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata keputusan itu yang melibatkan pejabat di zon hijau dan kuning, iaitu Kota Marudu, Pitas, Telupid, Tongod, Kuala Penyu, Sipitang, Tenom dan Nabawan, bertujuan membendung penularan COVID-19.- Bernama