Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    JPP: Pautan teks melalui WhatsApp tidak sahih

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 JAN – Jabatan Perkhidmatan Pos (JPP), Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi mengesahkan telah menerima aduan daripada beberapa pelanggan, kelmarin, berhubung Receipt of Payment From Buyer dari laman web https://posta-bn.dh-pay.site/.

    Sehubungan itu, JPP dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan kepada orang ramai khususnya pelanggan-pelanggan yang berurusan dengan jabatan itu bahawa pautan teks WhatsApp daripada nombor +6283839488210 berkenaan adalah tidak benar.

    Kenyataan menekankan, jabatan berkenaan tidak pernah meminta maklumat peribadi dan maklumat perbankan daripada pelanggan untuk mana-mana perkhidmatan yang sedia ada.

    Dalam hal itu, orang ramai disarankan agar tidak mengongsikan maklumat peribadi dan kewangan dengan pihak yang tidak dikenali ketika dalam talian.

    Pastikan kesahihannya terlebih dahulu sebelum menekan pautan yang diterima melalui SMS, WhatsApp atau media sosial dan pastikan untuk menggunakan laman web rasmi kerajaan iaitu gov.bn untuk sebarang urusan yang melibatkan perkongsian maklumat peribadi.

    Di samping itu, orang ramai turut dinasihatkan untuk sentiasa peka dan tidak terpedaya dengan sikap mudah percaya akan maklumat yang mencurigakan dan tidak pasti mengenai kesahihannya. 

    Seterusnya kenyataan menyatakan bahawa JPP mengambil serius mengenai kegiatan penipuan berkenaan dan secara aktif melaksanakan perbagai langkah keselamatan untuk melindungi pelanggan dari sebarang kejadian yang tidak diingini.

    Dalam pada itu, pihak jabatan memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan sebarang kegiatan penipuan dalam talian dengan menghubungi BruCERT di talian 2458001 atau e-mel reporting@brucert.org.bn.

    Pada masa yang sama, JPP juga memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang dihadapi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...