Jualan kenderaan 2020 merosot

PARIS, 19 JAN – Penjualan kereta baharu di Eropah tahun lalu mencatatkan penurunan rekod hampir 24 peratus disebabkan oleh pandemik koronavirus, kata Persatuan Pengilang Automobil Eropah (ACEA), hari ini.

“Pasaran kereta Kesatuan Eropah (EU) menguncup sebanyak 23.7 peratus kepada 9.9 juta kenderaan berikutan impak daripada penularan COVID-19 secara langsung,” kata ACEA dalam satu kenyataan.

“Langkah-langkah pengekangan – termasuk penutupan berskala penuh dan sekatan lain sepanjang tahun – memberi kesan yang belum pernah terjadi sebelumnya terhadap penjualan kereta di seluruh EU,” katanya.

“Tahun 2020 menyaksikan penurunan permintaan kereta tahunan terbesar sejak rekod bermula (pada tahun 1990), di mana semua 27 pasaran EU mencatatkan penurunan dua digit,” tambahnya.

ACEA berkata antara pasaran automotif terbesar yang terjejas ialah Sepanyol dengan 32.3 peratus tahun ini, Itali turun 27.9 peratus dan Perancis 25.5 peratus.

Sementara itu, Jerman – ekonomi terkuat dalam blok itu – turut mengalami penurunan sebanyak 19.1 peratus. Untuk bulan Disember sahaja, penjualan kereta EU mencatatkan penurunan sebanyak 3.3 peratus iaitu lebih dari satu juta kende-raan. – AFP