Jualan kereta China meningkat

BEIJING, 10 JULAI – Jualan kereta China meningkat 1.8 peratus pada Jun berbanding setahun sebelumnya tetapi merosot sebanyak dua digit untuk separuh tahun pertama 2020 selepas negara ditutup untuk memerangi koronavirus, lapor satu kumpulan industri hari ini.

Jualan kenderaan Sport Utiliti SUV, sedan dan van mini dalam pasaran global terbesar industri meningkat kepada 1.8 juta, menurut Persatuan Pengeluar Kereta China (CAAM).

Jumlah itu merosot daripada 7 peratus yang dicatat pada bulan Mei berikutan pembukaan semula ekonomi tetapi berpulih daripada kemerosotan sebanyak 81.7 peratus yang dicatat pada Februari selepas perniagaan kereta dan perniagaan lain ditutup untuk mengekang penularan virus.

Untuk tempoh enam bulan sehingga Jun, jualan merosot 22.4 peratus berbanding setahun lalu, lapor CAAM. – AP

Pelawat memakai penutup mulut dan hidung melihat kenderaan Tesla Model 3 yang dipamerkan di bilik pameran di Chongqing, China pada 13 Jun 2020. – AP