Jualan kereta China merosot

BEIJING, 14 Mei – Jualan kereta China merosot 17.7 peratus pada April berbanding setahun lalu, kemerosotan bulan ke-10 berturut-turut di tengah perbalahan perniagaan dengan Washington serta kemelesetan ekonomi.

Pemandu dalam industri pasaran global terbesar membeli 1.6 juta kereta sedan, SUVs dan van mini, menurut satu kumpulan industri, Persatuan Pengeluar Kereta China. Jumlah penjualan kenderaan, termasuk trak dan bas, merosot 14.6 peratus kepada 2 juta.

Pengguna yang risau keberatan untuk membuat pembelian besar di tengah perang tarif dengan Washington dan kebimbangan mengenai prospek ekonomi China. Pertumbuhan dalam ekonomi global kedua terbesar masih stabil dalam suku terbaharu namun ia disokong oleh perbelanjaan perangsang kerajaan dan pinjaman bank yang lebih tinggi.

Kemelesetan ekonomi menjejas pengeluar kereta China dan global yang sedang menyuntik wang untuk memenuhi matlamat kerajaan dalam memajukan kenderaan elektrik.

Jualan kereta untuk empat bulan pertama tahun ini merosot 14.7 peratus berbanding setahun sebelumnya pada 6.8 juta, menurut CAAM.

Gambar fail bertarikh 6 April 2019 menunjukkan pengeluar kereta China Geely Auto mempamerkan sebuah kereta sedan daripada jenama elektrik baharu Geometry pada pameran Kereta Shanghai 2019 di Shanghai. Penjualan kereta China merosot 17.7 peratus pada April berbanding setahun sebelumnya, kemerosotan bulan ke-10 berturut-turut di tengah perbalahan perniagaan dengan Washington dan kemelesetan ekonomi. – AP

Penjualan oleh jenama China pada April merosot 27.9 peratus berbanding setahun sebelumnya kepada 585,000. Bahagian pasaran mereka mengecut sebanyak 5.2 peratusan mata kepada 37.1 peratus.

Pembelian kenderaan SUV dan sedan elektrik dan gasolin-elektrik hibrid meningkat 18.1 peratus kepada 97,000. Ia adalah satu bidang yang cerah untuk industri tetapi jauh di bawah kadar pertumbuhan sebanyak 100 peratus dalam bulan-bulan sebelumnya.

Beijing telah mempromosi kenderaan elektrik menerusi geran penyelidikan dan subsidi pembeli bernilai berbilion dolar. Namun subsidi dijangka berakhir pada tahun depan dan pengatur selia sedang memindah bebanan kepada pengeluar kereta dengan mengenakan sasaran jualan mandatori untuk kenderaan elektrik.

Maka pengeluar kereta perlu mengeluarkan kenderaan elektrik yang dapat bersaing dengan kenderaan yang menggunakan gasolin. – AP