Jualan Kereta Demo Nissan hingga esok

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 SEPT – Nissan Brunei buat kali pertamanya, mengadakan Jualan Kereta Demo selama tiga hari bermula hari ini di Dewan Pameran Nissan, Beribi.

Menurut Ketua Pemasaran dan Komunikasi Kanan, Nissan Brunei, Han Ming Kwang, acara jualan itu dianjurkan secara eksklusif bagi penduduk Brunei yang ingin memiliki kereta Nissan mereka tersendiri dengan tawaran yang istimewa di mana mereka boleh berjimat bagi mendapatkan sebuah kereta yang serupa kereta baharu.

Semasa jualan itu, jelasnya lagi, model-model kereta terpilih Nissan dijual pada harga diskaun yang lebih murah daripada harga kereta baharu di mana kereta pra-milik berkenaan sebahagian besarnya merupakan kereta demo terdiri daripada model terbaharu dan terkini.

Kwang menambah bahawa kereta-kereta berkenaan boleh dimiliki dengan harga yang menarik serta setiap kereta mempunyai sejarah kereta dan dalam keadaan yang amat baik.

Di Brunei, Nissan menggunakan kereta demo bagi uji pandu apabila model-model popular baharu tiba dan kereta-kereta berkenaan adalah kereta berkualiti serta dijaga dengan baik.

Di samping itu, pelanggan-pelanggan juga berpeluang untuk memenangi Apple AirPods Pro dengan hanya mendaftar semasa tempoh acara berkenaan dijalankan.

Orang ramai dialu-alukan untuk berkunjung ke acara berkenaan dan untuk menguji pandu kereta-kereta demo yang diketengahkan.

Antara kereta-kereta demo Nissan yang diketengahkan semasa Jualan Kereta Demo yang diadakan selama tiga hari di Dewan Pameran Nissan, Beribi.