Jualan, keuntungan kebimbangan utama PKS

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Mengekalkan margin jualan dan keuntungan merupakan kebimbangan utama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), selain mendapatkan pelanggan baharu, kata agensi pelaporan kredit swasta terbesar di Malaysia, CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS).

Dalam kaji selidik untuk sektor itu baru-baru ini, ia berkata sentimen itu adalah menyeluruh dan meliputi industri pengedaran, pembuatan, pembinaan dan kewangan.

“Dengan 37.1 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia (KDNK) disumbangkan oleh PKS, isu-isu yang memberi kesan kepada mereka pasti akan menjejaskan Malaysia secara keseluruhan.

“Kami melihat isu seperti harga dan persaingan berada dalam senarai terbawah yang bemakna sektor PKS mahu mengukuh kedudukan pada 2019, berbanding melakukan pengembangan,” kata ketua pegawai eksekutif CTOS, Dennis Martin dalam kenyataan hari ini.

Isu-isu aliran tunai merupakan kebimbangan kedua terbesar, dengan 37 peratus responden mengakui ia merupakan masalah utama, yang mengukuhkan lagi teori bahawa PKS merasai kesulitan kewangan manakala organisasi yang lebih besar mungkin berusaha kerjas untuk memenuhi komitmen mereka.

Dennis berkata bagi isu lain membabitkan ‘dasar kerajaan’, hanya satu perlima daripada PKS menyatakan kebimbangan mereka. – Bernama