Jualan kraf online menggalakkan

KUCHING, 22 FEB – Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) cawangan Sarawak mencatatkan jualan sebanyak RM1.07 juta bagi tempoh April 2020 hingga Januari 2021 melalui platform dalam taliannya, E-Kraf Bazar, Craft On The Go dan MyCraftShoppe.com sejak dilancarkan pada April tahun lalu.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata inisiatif itu bertujuan  membantu pengusaha kraf di Sarawak memasarkan produk mereka ketika negara sedang dilanda pandemik COVID-19.

“Sambutan menerusi platform ini sangat menggalakkan dan untuk Sarawak sahaja, terdapat 140 usahawan bagi E-Kraf Bazar, 86 usahawan Craft On The Go dan 44 usahawan MyCraftShoppe.com yang terlibat dalam penjualan dalam talian itu,” katanya pada sidang media selepas melawat pusat PKKM di sini hari ini. – Bernama