Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan kuih-muih Aidilfitri kini dibuka

    Oleh Salawati Haji Yahya

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jun – Jualan kuih-muih sempena Hari Raya Aidilfitri 2017 yang diadakan di Pusat Belia di ibu negara sehingga 24 Jun ini kini dibukakan untuk kunjungan orang ramai bagi mendapatkan kuih-muih untuk hidangan kepada tetamu semasa Hari Raya Aidilfitri nanti.

    Sehubungan itu, perasmian jualan kuih-muih Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan itu dirasmikan hari ini oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Khairunnisa binti Haji Ash’ari.

    Penganjuran jualan tersebut antara lain bertujuan untuk memberi galakkan kepada belia-belia yang mengikuti kelas masakan belia di pusat berkenaan untuk terus berusaha dalam meningkatkan kemahiran dan menjana ekonomi mereka.

    Selain itu, ia juga sebagai dorongan kepada belia lainnya untuk mendaftar dan menyertai program masakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan melalui seliaan Pusat Belia Bandar Seri Begawan (BSB) seterusnya melibatkan para belia untuk menceburi bidang keusahwanan. Antara yang menyertai jualan tersebut ialah bekas pelajar Akademi Masakan Belia Pusat Belia BSB, Majlis Wanita Negara Brunei Darussalam, Jabatan Penjara, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Pusat Pembangunan Belia dan alumni program-program anjuran Jabatan Belia dan Sukan.

    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa ketika melawat petak jualan.
    Yang Berhormat Dayang Khairunnisa ketika melawat petak jualan.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda