Jualan Lego meningkat tujuh peratus

COPENHAGEN, DENMARK, 2 SEPT – Syarikat barang mainan Belanda Lego melihat jualan separuh tahunnya meningkat meskipun cabaran yang ditimbulkan oleh pandemik koronavirus, tatkala ia menerima faedah daripada pelaburan jangka panjang dalam e-dagang dan inovasi produk.

Ia berkata hari ini bahawa jualan keseluruhan meningkat tujuh peratus kepada 15.7 bilion kroner berbanding tempoh yang sama tahun lalu sementara keuntungan operasi meningkat 11 peratus kepada 3.9 bilion kroner. Keuntungan bersih, yang termasuk semua butiran kewangan termasuk bayaran cukai, merosot satu peratus kepada 2.6 bilion kroner.

“Saya berasa amat gembira dengan keputusan yang baik meskipun wabak koronavirus,” beritahu CEO Niels B. Christiansen kepada akhbar The Associated Press.

Lego mencatat pertumbuhan jualan pengguna dua digit dalam kumpulan pasaran utama termasuk Amerika, Eropah barat dan Asia.

Peningkatan keuntungan operasi didorong oleh jualan kukuh, dihapus oleh pelaburan dalam inisiatif pertumbuhan jangka panjang dan kos pengangkutan lebih tinggi yang dikaitkan dengan penghantaran produk berikutan penutupan kilang sementara di Mexico dan China.

Beribu pejabat di Billund, barat Denmark, Lego mengeluarkan produk di Mexico untuk pasaran Amerika, di China untuk pasaran Asia manakala pengeluaran untuk Eropah datang dari kilang di Republik Czech dan di Denmark. – AFP