TOKYO, 23 Jan – Jualan pasar raya di Jepun menandakan penurunan pada bulan Disember ketika jualan akhir tahun, kebiasaannya sesuatu yang mendatangkan keuntungan kepada peruncit, merosot dalam tempoh laporan ini, butiran dari Japan Chain Stores Association menunjukkan hari ini.
Menurut perangkaan persatuan itu, jualan pasar raya di seluruh negara di sini merosot 2 peratus pada bulan Disember daripada setahun yang lalu.
Kajian dari badan-badan agensi itu adalah berdasarkan kepada gabungan jualan di 57 rangkaian pasar raya di seluruh negara, yang bersama-sama mengendalikan lebih daripada 9489 cawangan, dan jumlah jualan 1.27 trilion yen (11.1 bilion dolar Amerika Syarikat), dalam bulan yang dilaporkan, kata persatuan itu dalam laporan terbarunya. – Xinhua
