Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Jualan ‘rempah istimewa’ melonjak

    KUALA TERENGGANU – Fasa Peralihan ke Endemik memberi ruang kepada penganjuran pelbagai majlis dan program sekali gus merancakkan tempahan katering yang sebelum ini suram akibat penularan COVID sejak dua tahun lepas.

    Tempias itu turut dirasai penjual ‘rempah istimewa’ di Pasar Besar Kedai Payang di sini, yang rata-rata mengatakan permintaan rempah ratus kembali melonjak malah meningkat hingga tiga kali ganda pada Ramadan kali ini.

    Muhammad A.Rahman, 68, berkata jualan hariannya kini mampu mencecah RM1,000 kerana ramai pelanggan membeli rempah ratus dalam kuantiti yang besar untuk dimasak bagi majlis berbuka puasa dan pelbagai jenis jamuan.

    “Bersyukur sangat kerana pada 2020, jualan harian pernah merudum hanya RM60 sahaja. Ketika itu Pasar Besar Kedai Payang ini sangat suram tiada pengunjung kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    “Sekarang, alhamdulillah memang rasa lega kerana semuanya sudah hampir pulih, bazar Ramadan pun dibenarkan beroperasi dan kita pun memang ramai pelanggan yang terdiri daripada peniaga bazar, usahawan katering, peniaga restoran serta kedai makan,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

    Fasa peralihan ke endemik memberi ruang kepada penganjuran pelbagai majlis dan program, sekali gus merancakkan tempahan katering yang sebelum ini suram bak ‘dilanda garuda’ akibat penularan COVID-19 sejak dua tahun lepas. – Bernama

    Muhammad yang telah berniaga di pasar itu sejak 30 tahun lepas berkata beliau menawarkan lebih 30 aneka rempah untuk pelbagai hidangan seperti gulai nasi dagang, nasi bukhari, beriani, kuzi daging, perapan sate, kerutuk, rendang, laksa, pajeri, roti John serta murtabak.

    Beliau berkata rempah yang dijual di pasar itu unik kerana peniaga akan mengadun sendiri resipi masakan yang diminta pelanggan dengan sukatan tepat bagi memastikan hasil masakan lebih enak dan memenuhi cita rasa.

    “Contohnya, pelanggan beritahu nak masak seekor kambing seberat 120 kilogram atau nak masak nasi dagang untuk 500 tetamu, peniaga akan adunkan pelbagai jenis rempah untuk resipi tersebut.

    “Ini sangat memudahkan pelanggan terutama individu yang tidak begitu mahir dalam menganggarkan sukatan rempah,” katanya yang turut membantu menyediakan adunan rempah bagi hidangan bersaiz kecil.

    Seorang lagi peniaga, Maimun Awang, 56, berkata permintaan rempah dijangka akan terus meningkat pada minggu terakhir Ramadan untuk persiapan memasak pelbagai hidangan bagi orang ramai menyambut anak cucu pulang ke kampung setelah dua tahun tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama-sama.

    “Ramai dah tempah untuk pelbagai masakan pada Aidilfitri nanti, antara yang laris ialah rempah nasi dagang dan gulai kawah kerana ia memang resipi asli tradisional Terengganu yang tidak boleh dapat di tempat lain,” katanya yang mengisar sendiri semua rempah supaya resipinya kekal sama seperti yang diajar generasi terdahulu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...