Wednesday, December 4, 2024
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Jualan runcit UK meningkat 5.5 peratus

    LONDON, 23 OKT – Jualan runcit Britain telah meningkat untuk bulan kelima berturut-turut, selepas kemelesetan yang dicetuskan oleh koronavirus pada awal tahun ini, data rasmi menunjukkan hari ini.

    Jualan berdasarkan jumlah meningkat 1.5 peratus pada September dari Ogos, kata Pejabat Statistik Nasional (ONS) dalam satu kenyataan.

    Jualan runcit meningkat 5.5 peratus sejak Februari, sebulan sebelum Britain melaksanakan sekatan.

    ONS menambah jualan dalam talian merosot sedikit pada September dari Ogos untuk mencecah 27.5 peratus daripada kesemua jualan. Bagaimanapun, ia masih lebih tinggi berbanding 20.1 peratus yang dilihat pada Februari.

    Dalam tiga bulan hingga September, jumlah jualan runcit meningkat sebanyak 17.4 peratus berbanding dengan tiga bulan sebelumnya.

    Ia merupakan pertambahan suku terbesar yang dicatat, menurut ONS.

    “Pertumbuhan dalam jualan runcit mengatasi jangkaan paling optimistik,” kata Richard Lim, ketua eksekutif penyelidikan firma pakar runding Retail Econmics. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda