Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Jualan vaksin Pfizer diramal cecah AS$50 bilion 2022

    NEW YORK, 9 FEB – Pfizer semalam meramalkan lebih AS$50 bilion dalam jualan 2022 untuk vaksin COVID-19 dan ubat terapeutik ketika syarikat gergasi farmaseutikal itu melaporkan keuntungan tahunan lebih daripada dua kali ganda disebabkan jualan kukuh vaksinnya.

    Pfizer, dengan vaksinnya dibangunkan bersama syarikat Jerman BioNTech pertama diluluskan di Amerika Syarikat (AS) untuk membendung virus itu, melihat pendapatan yang lebih rendah pada 2022 untuk vaksin berbanding tahun yang baru berakhir, namun pendapatan besar daripada Paxloid, pil COVID-19 daripada syarikat.

    Ketua Eksekutif Albert Bourla menyifatkan 2021 sebagai ‘tahun titik perubahan’ untuk Pfizer, menambah usaha syarikat dalam pandemik ‘telah mengubah syarikat kami selama-lamanya.’

    Namun saham merosot semalam selepas keputusan diumumkan, yang kekurangan anggaran dari segi pendapatan suku keempat.

    Pfizer melaporkan keuntungan tahunan berjumlah AS$22 bilion, lebih dua kali ganda berbanding 2020. Pendapatan tahunan meningkat hampir dua kali ganda kepada AS$81.3 bilion, dengan AS$36.8 bilion daripada vaksin COVID-19.

    Syarikat meramalkan pendapatan 2022 di antara AS$98 dan AS$102 bilion.

    Keputusan tersebut menunjukkan bagaimana koronavirus telah mengubah Pfizer, yang setahun lalu meramalkan AS$15 bilion dalam jualan vaksin COVID-19 pada 2021 dan berakhir menjual lebih dua kali ganda jumlah tersebut selepas menambah ramalan beberapa kali. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...