CHICAGO, 24 Jun – Shakima Wimbley mencatatkan kemenangan dengan mencatatkan masa pendahuluan untuk memenangi mahkota 400 meter wanita sementara Kahmari Montgomery memenangi gelaran lelaki semalam dalam Kejohanan Belapan dan Padang AS.
Wimbley mencatat masa larian 49.52 saat, yang memperbaiki rekod terbaiknya sebelum ini 50.18, untuk menewaskan pelari tempat kedua, Jessica Beard dengan .16 di litar Stadium Drake di Des Moines, Iowa. Kendall Ellis menamatkan tempat ketiga dengan masa 50.37.
Montgomery juga mencatatkan larian terbaiknya 44.58 untuk memenangi gelaran AS pertamanya.
Paul Dedewo menamatkan di belakang Montgomery dengan 44.64 sementara Michael Cherry di tempat ketiga dengan masa 44.85.
Tanpa kemunculan pasukan Olimpik atau kejuaraan dunia dipertaruhkan bagi tempoh empat tahun, kebanyakan nama-nama besar dari AS tidak menyertainya, termasuk pelari pecut yang memegang rekod dunia, Christian Coleman dan juara dunia 100m, Justin Gatlin.
Dalam acara lelaki 1,500m, Matthew Centrowitz memenangi gelaran AS yang kelima dengan masa catatan 3:43.37 dengan penamat enam teratas yang hanya berbeza kurang dari sesaat.
Centrowitz menguasai perlumbaan ketika dia membuat larian pusingan penamat 53.59 untuk menewaskan pelari tempat kedua, Izaic York, yang mencatatkan 3:43.63. Eric Jenkins di tempat ketiga dengan masa 3:43.74.
Centrowitz mendahului lebih awal kemudian tewas kepada Drew Hunter pada akhir pusingan pertama. Pendahuluan bertukar beberapa kali sebelum Centrowitz merampas kembali pada pusingan akhir. – AFP