Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Juara dunia tersungkur di suku akhir

    TOKYO, 26 OGOS – Juara bertahan kejohanan dunia, Loh Kean Yew dari Singapura berkata dia ‘tidak kesal’ selepas gagal mempertahankan gelarannya apabila tewas di peringkat suku akhir di tangan pemain Thailand, Kunlavut Vitidsarn di Tokyo, hari ini.

    Pemain pilihan kelapan, Loh tewas dengan keputusan 21-12, 17-21, 21-8 kepada bintang yang semakin meningkat, Vitidsarn dan berkata dia ‘tidak merasa tertekan’ untuk mempertahankan gelaran selepas memenanginya tahun lalu di bandar Sepanyol, Huelva.

    “Minggu ini agak baik,” kata pemain berusia 25 tahun, yang berkata dia bergelut untuk bermain di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

    “Saya cuba yang terbaik untuk berjuang bagi setiap mata dan itulah yang paling penting.”

    Vitidsarn, 21, adalah juara dunia remaja tiga kali dan dianggap sebagai salah seorang pemain muda terbaik dunia. Dia berkata Loh melakukan ‘beberapa kesilapan mudah’ dalam pertemuan itu dan dia tidak sabar untuk beraksi di peringkat separuh akhir menentang pemain bukan pilihan dari China, Zhao Junpeng.

    “Minggu ini saya akan melakukan satu demi satu kerana ini adalah kejohanan besar dengan ramai pemain hebat dan sangat sukar untuk bermain,” kata Vitidsarn. – AFP

    Aksi Loh Kean Yew semasa bermain menentang Kunlavut Vitidsarn di peringkat suku akhir Kejohanan Dunia Badminton di Tokyo, kelmarin.- AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...