Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Juara Hero Remaja sokong idea produksi

-

Ketika ramai pelakon senior bersuara mempertikai kewajaran syarat pengikut sejuta sebelum diterima berlakon, juara Hero Remaja 2021 Mierul Aiman (gambar) tidak melihat ia sebagai satu isu besar.

Ujar Mierul atau nama sebenarnya Muhammad Amirul Aiman Norazman, 23, adalah wajar pihak produksi meletakkan syarat tersebut yang menurutnya boleh memberikan rating yang tinggi kepada karya mereka.

“Bagi saya produksi yang mengetengahkan pengikut sebagai syarat utama tu… mereka tak salah, setiap penerbit ada perspektif untuk karya mereka.

“Setiap penerbit nak pengikut banyak kerana boleh beri pengaruh dan akan memberi bantuan kepada mereka untuk raih ramai penonton.

“Tapi saya tak ada la rasa tercabar sangat sebab saya percaya pada rezeki masing-masing,” katanya kepada wartawan.

Mierul yang juga pendatang baharu dalam industri akui berdepan cabaran untuk menaikkan nama tambahan pula dengan pengikut yang tidak seberapa. Walaupun begitu, Mierul berkata dia menerima beberapa tawaran untuk berlakon namun masih dalam perbincangan dan tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut.

“Apa pun saya akan terus belajar buat ruang dan peluang insyaAllah rezeki akan sampai.

“Sebab rezeki bukan datang lambat atau cepat tapi datang pada masa yang tepat.

“Ada la tawaran sikit-sikit masih tunggu tawaran selanjutnya dan buat masa ni masih sulit tapi banyak aliran bergerak,” katanya.

Dia yang baru muncul dalam Telemovie Hierarki teruja apabila lakonan pertamanya mendapat maklum balas positif daripada penonton.

“Satu pengalaman yang terbaik, belajar banyak benda selepas keluar Hero Remaja.

“Saya berlakon memegang watak Megat dalam Hierarki dengan 12 finalis Hero Remaja yang lain.

“Alhamdulillah ada dapat maklum balas yang positif daripada penonton dan suka dengan lakonan saya,” ujarnya.- Agensi

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -