Juara La Liga terikat tanpa jaringan

MADRID, 21 SEPT – Real Madrid memulakan misi mempertahankan kejuaraan La Liga dengan terikat 0-0 menentang Real Sociedad kelmarin selepas Martin Odegaard membuat penampilan pertamanya untuk pasukan juara bertahan La Liga menentang bekas pasukannya.

Madrid yang memulakan musim La Liga tanpa membuat sebarang pembelian pada musim panas ini, dengan presiden Florentino Perez mengakui kelab mungkin akan berhati-hati di tengah-tengah pandemik koronavirus.

Pemain tengah, Odegaard yang pulang lebih awal dari tempoh pinjaman selama dua musim dengan Real Sociedad, selepas menyinar pada musim lalu.

Tetapi dengan penjualan beberapa orang pemain termasuk Gareth Bale, yang kembali bersama Tottenham yang telah disahkan pada Sabtu, dan James Rodriguez, yang kembali menyerlah selepas menyertai Everton.

Pemain Norway, Odegaard, yang membuat penampilan buat Madrid pada Mei 2015, bertahan selama 69 minit sebelum digantikan oleh Casemiro.

“Kami gagal meraih kemenangan. Saya tidak gembira mengenainya, tetapi saya gembira bermain dengan Real Madrid,” kata Odegaard memberitahu Movistar.

“Ia sentiasa sukar pada permulaan tetapi ia lebih mudah bagi saya kerana semua pemain-pemain hebat yang berada di sekeliling saya.”

Zinedine Zidane yang menolak pendapat bahawa pasukan Madrid mungkin kurang bertenaga pada musim ini, dengan permulaan kesebelasan yang serupa pada perlawanan pertama. Satu perkara yang menjadi perhatian ialah tahap kecergasan Eden Hazarad yang kekal belum selesai, meskipun selepas rehat musim panas.

Zidane mengakui dia tidak pasti sama ada Hazard akan kembali pulih dari kecederaan buku lali yang memerlukan pembedahan pada awal tahun ini.

Sergio Ramos, yang membuat percubaan tetapi dihalang pada separuh masa pertama sebelum percubaan Karim Benzema tersasar selepas melepaskan penjaga gol. – AFP