Monday, January 20, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Juara luncur ais Korea Selatan digantung

    SEOUL, 22 DIS – Bintang luncur ais Korea Selatan, Shim Suk-hee telah digantungkan selama dua bulan disebabkan teks maki hamun mengenai rakan sepasukannya, membuatkan penyertaannya di Temasya Sukan Musim Sejuk Beijing menjadi tidak menentu.

    Shim, 24, salah seorang peluncur ais Korea Selatan paling berjaya dengan empat pingat Olimpik litar pendek, termasuk rali emas di Sukan Olimpik 2014 dan 2018.

    Penggantungan selama dua bulan itu diumumkan semalam, dengan siri laporan yang muncul selepas Sukan Olimpik Pyeongchang 2018 di Korea Selatan.

    Jawatan kuasa disiplin Kesatuan Luncur Korea memutuskan Shim menyebabkan ‘masalah sosial’ dan ‘merosakkan maruah’ atlet lain selepas siasatan teks dihantarnya kepada salah seorang jurulatih semasa Sukan Olimpik.

    Satu-satunya cara untuk Shim kembali bersaing di Sukan Olimpik 2022, yang bakal bermula pada 4 Februari di Beijing, adalah mendapatkan injunksi mahkamah terhadap penggantungan atau membuat rayuan yang berjaya dengan jawatan kuasa Olimpik Korea Selatan. Teks pertama yang dilaporkan terhadapnya oleh media tempatan pada Oktober, mencetuskan kemarahan awam.

    Dalam pesanan teks itu, Shim turut memberitahu dia menjatuhkan rakan sepasukannya, Choi Min-jeonn sekiranya mereka bersaing dalam perlumbaan sama di Pyeongchang.

    Kedua-duanya akhirnya berlumba dalam acara akhir 1,000 meter wanita dan pergelutan di pusingan akhir, menyebabkan mereka terjatuh dan terhempas ke dinding. Shim hilang kelayakan dan Choi menduduki tangga keempat.

    Shim telah meminta maaf kepadanya terhadap ‘perbuatannya yang melakukan kesilapan’ apabila teks tersebut didedahkan.

    Siasatan dibuat untuk mengetahui sama ada Shim secara sengaja menjatuhkannya, namun pegawai merumuskan ia adalah tidak besar, menyebutkan mengenai kekurangan bukti. – AFP

    Gambar fail bertarikh 22 Februari 2018 mempamerkan aksi Shim Suk-hee di Sukan Olimpik Pyeongchang 2018. Shim Suk-hee kini digantungkan selama dua bulan kerana teks maki hamun rakan sepasukannya.– AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda