Juara MMA Khabib bersara selepas cipta sejarah

PARIS, 25 OKT – Juara dunia lightweight MMA, Khabib Nurmagomedov (gambar kanan) mengumumkan persaraan yang mengejutkan di arena sukan itu semalam selepas mengatakan bahawa dia ‘berjanji dengan ibunya’ bahawa pertarungannya dengan Justin Gaethje adalah pertarungan yang terakhirnya.

Peninju dari Rusia, memenangi pertarungan dengan keputusan teknikal knockout di pusingan kedua, bertarung buat pertama kali sejak kematian bapanya yang juga selaku jurulatihnya, Abdulmanap pada Julai lalu.

“Saya sukar ditewaskan di UFC, juara yang belum pernah tewas dengan rekod 13-0 (di UFC), dan 29-0 dalam keseluruhan karier pro MMA saya,” katanya selepas kemenangan di Abu Dhabi.

“Saya berjanji dengan ibu, ini mungkin adalah perlawanan yang terakhir saya. Tiada sebab untuk saya kembali ke sini tanpa bapa.”

“Dia tidak mahu saya berjuang tanpa ayah dan saya mengatakan ini adalah perta-rungan terakhir saya dan saya telah memberinya kata-kata saya.

“Terima kasih banyak Justin. Saya tahu anda hebat, saya tahu bagaimana anda menjaga orang-orang anda. Jadi sayangilah ibu bapa anda, kerana anda tidak pernah tahu apa yang akan terjadi esok,” tambahnya.

“Terima kasih jurulatih, terima kasih kalian hari pertarungan terakhir saya di UFC. Itu adalah impian ayah saya. Justin dan Conor (McGregor) akan bertemu pada bulan Januari, saya tidak berminat dalam hal ini,” tegas Khabib lagi.

Selain itu, musuh tradisi Khabib, Conor McGregor dari Ireland adalah antara individu yang pertama mengucapkan tahniah kepada atlet Rusia berusia 32 tahun itu di atas pencapaian sepanjang kariernya. “Saya akan meneruskan. Sekali lagi takziah atas bapa kamu dan keluarga. Yang ikhlas, McGregors,” menurut catatannya di Twitter. – AFP