Juara NBA mula jalani latihan di Florida

MIAMI, 24 JUN – Juara NBA, Toronto Raptors, mula bersiap sedia untuk kembali semula bulan depan di Fort Myers, Florida seperti yang dirancang.

Kelab dari Kanada itu yang pertama tiba di Florida menjelang musim NBA kembali semula dirancang di Disney World berhampiran Orlando, tetapi akan kekal di Florida sehingga keadaan kembali memasuki zon selamat pada awal Julai. Sekiranya Raptors kembali ke Final NBA, yang mereka menangi Jun lalu menentang Golden State, mereka akan tetap berada di Sunshine State hingga awal Oktober.

The Raptors telah membuat persiapan di Universiti Florida Gulf Coast, menurut pegawai sekolah di sana.

NBA mengumumkan 11 Mac lalu bagi penangguhan musim NBA setelah pemain Utah, Rudy Gobert disahkan positif COVID-19.

Untuk mematuhi peraturan NBA dan protokol keselamatan, tidak akan ada latihan secara berkumpulan untuk Raptors, dengan pemain hanya akan melakukan latihan secara individu dan bersenam secara individu dalam suasana yang aman dan terkawal sehingga latihan kumpulan dibenarkan, pasukan itu melaporkan kepada Disney World.

Musim NBA dijangka akan kembali pada 30 Julai.

Wilayah Florida adalah menjadi negeri yang pertama dibuka semula untuk acara sukan setelah penutupannya selama lebih dari dua bulan akibat COVID-19 dan menjalani sekatan untuk tinggal di rumah.

Isteri jurulatih Raptors, Nick Nurse, Roberta, yang juga merupakan bekas bintang bola tampar di Florida Golf Coast yang berasal dari Brazil bernasib baik kerana memiliki kediaman di Fort Myers. – AFP

Reaksi jurulatih Toronto Raptors, Nick Nurse ketika memberi arahan semasa menentang Denver Nuggets di Pepsi Center, Denver, Colorado pada 29 Februari lalu. Toronto Raptors mula bersiap sedia untuk kembali semula dalam kempen NBA. – AFP