Juara Olimpik, Schauffele kembali ke Jepun

INZAI, JEPUN, 20 OKT – Pemenang pingat emas Olimpik, Xander Schauffele kembali ke Jepun minggu ini, tetapi mengakui bahawa Hideki Matsuyama adalah orang yang menjadi tumpuan orang ramai.

Mereka akan membentuk kumpulan istimewa apabila kejuaraan Zozo bermula esok di Accordia Golf Narashino Country Club di Chiba, dekat Tokyo.

Mereka akan disertai oleh pemenang pingat gangsa Sukan Tokyo 2020, CT Pan dari Taiwan ketika jelajah PGA AS kembali ke Asia untuk pertama kalinya sejak pandemik COVID-19 dengan acara AS$9.95 juta.

“Jelas Hideki adalah pemain tempatan dan seorang pemain wira di negaranya,” kata pemain nombor lima dunia, Schauffele, yang ibunya yang berbangsa Taiwan dibesarkan di Jepun dan datuk dan neneknya masih tinggal di negara tersebut.

“Sekiranya Olimpik berada di Jepun sepanjang hayat saya dan saya menang setiap kali, saya masih anggap Hideki masih akan menjadi pemain nombor satu.

“Begitulah keadaannya,” tambah Schauffele, yang akan tetap mendapat banyak sokongan kerana hubungan keluarganya.

“Saya rasa dengan kami berdua bermain dalam satu kumpulan akan membawa sebanyak mungkin orang dan mereka kan gembira dapat menyaksikan permainan golf yang bagus.” – AFP

Aksi pemain golf AS, Xander Schauffele membuat pukulan kedua dalam lubang ketiga dalam peringkat akhir piala CJ di Summit Club – AFP