Tuesday, April 23, 2024
28.9 C
Brunei

    -

    Juara piala golf BMW terima hadiah

    Oleh Syahmi Hassan & Mu’min Karim
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Lai Suan Loong dan Alias Ramlee masing-masing menjuarai Kategori Rasmi bagi Lelaki A dan Lelaki B di kejohanan Piala Golf BMW Brunei 2021 anjuran QAF Auto, dengan majlis penyampaian hadiah telah berlangsung di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club di Jerudong hari ini.

    Manakala Jeffery Chia memenangi Kategori Tetamu Lelaki, dengan Hajah Rusni binti Haji Lamat memenangi Kategori Tetamu Wanita.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan ikut serta dalam kejohanan tersebut ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Turut hadir selaku tetamu khas ialah Naib Presiden BDGA, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar; Setiausaha Kehormat BDGA, Dato Paduka Haji Mohd Hamid bin Haji Mohd Jaafar; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan QAF Brunei, Albert Lau; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha; dan Pengurus Besar Syarikat National Insurance, Klaus Tomalla.

    Pengurus Besar QAF Auto Sdn Bhd, Alisa Khoo dalam ucapannya antara lain mengongsikan bahawa kejohanan tersebut menandakan Piala Golf BMW pertama diadakan di Brunei setelah sekian lama, dan kini mereka teruja untuk kembali menganjurkannya selepas penantian yang lama dan tidak dijangka.

    Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YAM Pengiran Anak Haji Mohammed Al-Mokhtar dan Albert Lau semasa jamuan di Royal Berkshire Hall, Royal Brunei Polo and Riding Club di Jerudong, kelmarin.
    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi, Albert Lau dan Alisa Khoo bergambar bersama pemenang pada majlis penyampaian hadiah kejohanan Piala Golf BMW Brunei 2021 anjuran QAF Auto, kelmarin.
    Antara aksi para pemain semasa kejohanan Piala Golf BMW Brunei 2021 anjuran QAF Auto di Royal Brunei Golf & Country Club di Jerudong kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani

    “Sepatutnya acara ini dianjurkan tahun lepas dan kami terpaksa menangguhkannya selama setahun kerana pandemik,” jelasnya.

    Alisa khoo turut mengongsikan bahawa siri BMW Golf Cup International pertama kali diadakan di Jerman pada tahun 1987 dan sejak itu telah menjadi kejohanan golf amatur yang paling berprestij dan berjaya di dunia.

    Selain bersaing untuk merebut gelaran berprestij, pemain golf berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk dua hadiah hole-in-one. Di Lubang 16, pemain golf berpeluang memenangi BMW 520i M Sport tajaan National Insurance Company Bhd; dan jam tangan Omega Seamaster Chronoscope Co-Axial Master Chronometer Chronograph 43mm bernilai $12,500 untuk Lubang 3 yang ditaja oleh Syarikat Jam Tangan Chang Ein Hong.

    Namun pada kali ini, tidak ada pemain yang berjaya melakukan hole-in-one.

    Di dalam kejohanan ini, terdapat juga hadiah cabutan bertuah termasuk Omega Seamaster bernilai $9,800 tajaan Bank Baiduri, set golf Nation Callaway bernilai $4,000 oleh Bank Baiduri, set golf Nation Cobra bernilai $3,000 oleh Bank Baiduri dan Royce Chocolate Hamper ditaja oleh Royce.

    Kejohanan Piala Golf BMW Brunei ini memberi peluang kepada pemain golf untuk menguji kemahiran mereka dan bersaing dalam kalangan rakan sebaya serta setiakawan sambil menikmati layanan premium sukan tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...