Judi ‘Kepala Bunga’ tumpas

Oleh Yusrin Junaidi

SERIA, 11 Jan – Enam orang yang terdiri daripada tiga warga tempatan, seorang penduduk tetap dan dua warga Bangladesh diberkas apabila disyaki terlibat dalam kegiatan perjudian.

Suspek-suspek berkenaan ialah Zulkepli bin Haji Basri, 51, Roslan bin Duranoh, 73, Ibrahim bin Haji Daim, 59, tempatan tempatan, Mustafa bin Abdullah @ Gui Teck Fah, 45, penduduk tetap, Akter, 36, dan Jahedul Khan, 30, warga Bangladesh.

Kesemua suspek diberkas dalam serbuan oleh anggota Tugas-tugas khas Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Balai Polis Seria di kawasan kaki lima Bangunan Koperasi Perniagaan dan Perusahaan Melayu Berhad, Seria susulan maklumat yang diterima daripada orang awam mengenai perjudian yang digelar ‘Kepala Bunga’.

Serbuan juga berjaya merampas kesemua barangan bukti yang digunakan dalam perjudian berkenaan termasuk wang tunai serta peralatan judi.

Di samping itu, turut dirampas ialah barangan tegahan iaitu rokok sebanyak 439 bungkus perbagai jenama yang ditemui semasa pemeriksaan ke atas kenderaan-kenderaan suspek.

Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah Polis Belait bagi siasatan lanjut.

Roslan bin Duranoh.
Ibrahim bin Haji Daim.
Mustafa bin Abdullah @ Gui Teck Fah.
Zulkepli bin Haji Basri.
Akter.
Jahedul Khan.