Demi memastikan keluarga tidak terabai gara-gara jadual kerja yang padat, penyanyi Judika akui selesa untuk membiarkan isterinya bertindak sebagai pengurus.
Kata penyanyi Bukan Dia Tapi Aku ini keluarga adalah keutamaan untuknya.
“Saya mahu hidup gembira. Keutamaan saya sekarang adalah keluarga. Jika keluarga terabai disebabkan kerja, pasti ada silapnya.
“Makanya saya biarkan isteri yang menguruskan jadual. Kami bangunkan perniagaan yang dijalankan dengan pengetahuan dan cita-cita bersama.
“Ramai orang berjaya di luar sana namun mereka hidup tertekan. Saya tidak mahu jadi seperti itu, bukan wang yang menjadi Tuhan. Apa yang penting adalah gembira,” ujar Judika dalam satu temu bual.
Bagi memastikan jadual kerjanya disusun rapi, Judia dan isterinya Duma Riris menubuhkan syarikat pengurusan sendiri yang diberi nama Dua Anak Deo (DAD). Dalam pada itu bercerita tentang keluarga, bapa kepada dua orang anak ini juga berkongsi perancangan untuk menambah cahaya mata pada masa akan datang. – Agensi